Aku kapal yang hilang kompasnya. Bergerak cuma mengikut arah angin yang bertiup di kala ini. Aku perahu tanpa kemudi yang cuma mampu bergerak mengikut arus sungai, dan sekiranya aku tersadung akar pokok, maka tersangkutlah aku di situ tidak bergerak walhal seluruh kehidupan lain bergerak dengan pantas mengikut keperluan masing-masing,
Hari berganti hari, siang berganti malam, minggu berganti bulan berganti tahun, namun aku adalah tunggul kayu itu yang hanya berada di atas tebing sungai yang semakin hari semakin reput di makan masa. Sedangkan yang lain berkembang dan menjadi lebih baik dan berubah.
Aku manusia yang hampir hilang tekadnya, samar keyakinannya, kabur kehendaknya, keliru tentang hatinya, tidak mampu mendorong diri membuat yang terbaik.
Yang membuang masa, yang sia-sia, yang tidak punya nilai adalah tunggangan harianku. Itulah pacuan hidupku seharian.
5.40am 10.00pm Rabu 10 March 2010, 25 Rabiul Awal 1431H
No comments:
Post a Comment