Saturday, 12 November 2011

Aku Mahu

Aku mahu jujur bila berbicara
Aku mahu ikhlas bila berencana
Semua itu makanan jiwa
Yang menggerakkan sendi dan nyawa

Aku mahu sabar bila dicabar
Aku mahu cekal bila dicakar
Semua itu membina keutuhan
Yang dinamakan kewibawaan

Aku mahu dia jujur
Aku mahu dia ikhlas
tetapi siapalah aku
untuk dituruti kehendak ini

Dia bebas mengikut kehendak hatinya
Aku bebas mengikut kata hatiku
Dia tidak boleh memaksa aku mengikut kehendaknya
Sebagaimana dia tidak akan akur dengan kata-kataku

Dia sanggup melakukan apa sahaja demi cita
secara jujur ataupun tidak
Jika ada kewarasan dan iman di dalam dada
mungkin dia tidak akan menghalalkan cara
Jika tidak, tidak ada pantang atau undang-undang
yang mampu menyurutkan usahanya

Malangnya aku sendiri
tidak memiliki kehendak sekuat itu
untuk mendapatkan apa yang diingini
walaupun dengan cara yang baik
Aku terlalu takut untuk keluar dari bayangan ini
mempersembahkan diri ke khalayak
kerana aku senang berada di belakang
Supaya kelemahan dan keburukan dapat disembunyi



Friday July 8th , 2011

No comments:

Post a Comment