Tidak ada perkara yang mudah
Aku tahu
Tidak ada yang datang menyuap
Aku maklum
Tidak ada peluang yang datang bergolek
Aku arif
Tidak ada wang dibayar jika kerja tidak dilunaskan
Aku akui
Aku tahu, malah aku maklum, terlebih arif, dan tunduk setuju.
Akan tetapi sejauh manakah pula kesanggupan aku untuk menggerakkan segala sendi dan tulang ini untuk merubah segala yang mahu diubah itu menjadi kenyataan?
29/6/2011 12.38pm
No comments:
Post a Comment