yang membuak-buak menggelegak
aku biarkan sahaja
langsung tidak mahu ambil peduli
biar dia hilang begitu sahaja ditelan arus masa
Tidak begitu sepatutnya
perasaan itu harus digenggam segera
jadikan dia sebagai sumbu yang membakar
akan lemahnya semangat layunya azam
Kerana aku sudah lemas tenggelam di dalam kalutnya jiwa
kerana aku membiarkan waktu berlari deras
kerana aku sudah keciciran cita yang dikendung
kerana kepala ini sudah kosong tempat sasaran
Aku terlalu ralit mungkin
asyik dan tenggelam
ke hulu ke hilir
dari matahari naik ke matahari turun
Yang aku lakukan hanya itu
rutin harian yang aku lalui
yang selama ini aku rasakan bagikan duri
dan sekarang dek sudah tidak lagi merasai kesakitan itu
aku tega dengan kepayahan yang sedang dilalui
Bukannya mencari jalan keluar dari kesakitan ini
cuma terus bertahan dan bertahan
inilah aku yang tidak pernah ada keyakinan
yang tidak tahu membawa diri di luar kepompong keselesaan
Dan aku akan berperi terus terusan
akan payahnya untuk melepaskan diri
dari rantaian yang membelenggu hati
sedangkan itulah hakikat kejadian yang
aku tidak pernah tahu dan mahu keluar
dari bawah tempurung ini
Saturday July 16th , 2011 - 4.22am
No comments:
Post a Comment