Cuba melihat ke dalam kepala ku.
Apa agaknya yang ada di dalam sana?
Ku pejamkan mata, menarik nafas, dalam.
Di dalam jiwa ini, batin ini,
apa sebenarnya itu jiwa dan batin.
Di mana letaknya dua perkataan keramat itu dalam diri ini?
Hanyut dalam lautan khayalan yang tidak bertepi.
Dilambung ombak perasaan,
ribut dan badai nafsu yang mengganas,
aku hilang pedoman,
aku keliru,
perahu azamku pecah di panah petir kemalasan,
dan akhirnya karam di dasar hati yang hitam dan pekat.
Isnin 8/2/2010
No comments:
Post a Comment