Sabar menanti seperti masyarakat yang beradab
Berbaris menunggu giliran
AKur dengan tertib yang tidak tersurat
Terdetik dalam kalbu
kita boleh bersikap begitu
bila kena suasana dan waktu
bila orang lain turut begitu
Menilai dan memikirkan
Tak susah sebenarnya mencuba
CUma kita yang enggan dan menafikan
Cuma kita yang angkuh pantang dicuit
Laju menerjah angin, ke kiri ke kanan membelok
Tidak pernah tersasar dari landasan
Kerana telah ditentukan setepat mungkin
Banyak nyawa yang dibawa bersama
Yang memberi kepercayaan seratus peratus
Setiap hari inilah yang berlaku
Setiap hari inilah lorongnya inilah langkahnya
Tidak perlu mengeluh atau merungut
Kerana ini adalah keperluan yang harus diisi
Setiap orang melangkah laju atau perlahan
Setiap orang ada tujuan ada matlamat
Setiap langkah menggenapkan hari
Menghambat mengejar waktu dan masa
Genap sebulan habuan diterima
Genap setahun aku masih begini
Mengejar dan menghambat waktu yang pergi
Langkah dan tapak menunaikan amanah
Langkah yang terarah itu akan terhenti
Cuma aku sahaja yang tidak mengetahui akan bilakah waktunya
Atau aku boleh sahaja memberhentikannya
Cuma aku yang tidak tegar berhenti
Wednesday June 1st , 2011 as Rabiatul Akhir 28th, 1432H - 4.09am
No comments:
Post a Comment