Saturday, 5 November 2011

Hujan teduh

Hujan teduh, langit petang yang indah
yang tenang, putih dan bersih
setelah awan hitam menumpahkan isinya

Sang matahari beransur-ansur mengundurkan diri
sinarnya kekuningan di kaki langit
nah, besok kita berjumpa lagi
akan ku pancarkan sinar ku yang gemilang
sebagaimana yang aku lakukan setiap hari

Wahai matahari tahukah engkau
yang sinar ceriamu telah bertukar
kepada bahang yang membakar

Wahai hujan tahukah engkau
air yang dicurah tidak sejernih dulu
Tercemar dan kelabu

Dan mungkinkah kerana Dia mahu menghukum umat manusia
yang semakin lalai dan leka
yang penuh dengan dosa
yang tidak sujud kepadaNya
yang tidak mentauhidkanNya

Akukah manusia itu
yang melakukan kemusnahan terhadap alam
yang asyik dengan duniaku
yang meletakkan segala yang lain terlebih dahulu

6.25pm Isnin 8/2/2010

No comments:

Post a Comment