Lenguh rasanya siku ini
Menadah tangan sejak pagi
Mengharapkan akan adanya rezeki
Dari mereka yang datang dan pergi
Memang hina rasanya diri
Menadah tangan mengharap simpati
Dari mereka yang lebih berkudrat
Kerana kelaparan yang memudarat
Panas matahari menikam tepat
Membakar kulit ini tidaklah aku dapat
Berlindung kerana tiadanya kudrat
Untuk mencari redupnya tempat
Hilang sudah malu dan silu
Kewarasan juga tinggal sisa
Kedhaifan ini bukan aku cari
Kefakiran ini bukan aku pinta
Wahai puan bertumit tinggi
Puan tidak pernah bermimpi
Akan peritnya perut ini
Akan panasnya terik mentari
Wahai tuan bertali dasi
Tuan tidak pernah merasa
Alangkah dinginnya si air hujan
Bila berbumbungkan langit dan awan
Jangan dihalau aku ini
Sudah tidak punya tempat dituju
Lorong inilah sahaja yang aku tahu
Kaki lima inilah sahaja aku menumpang
Baju ini sudah pudar warnanya
Hitam dan legam koyak rabak
Hamis dan hanyir sudah sebati
Yang melekat di batang tubuhku
rambutku punya segalanya
habuk dan kutu usah cerita
mungkin inilah yang menyebabkan
otakku juga sudah membeku
darah dagingku entah ke mana
aku sudah tidak pasti
mungkin ada mungkin tiada
atau mereka yang menyisihkan aku
inilah cerita aku
setiap pagi di lorong ini
setiap malam di kaki lima itu
tidak pernah kesal atau kecewa
aku hanya penerima takdir
itu sahajalah yang aku tahu
Saturday June 25th , 2011 as Rejab 24th, 1432H - 7.08pm
No comments:
Post a Comment