Aku benar-benar marah dengan temanku
Setiap hari itulah jalannya pergi dan balik
Tidak pernahkah terlintas di hatinya
untuk menghulur sekeping dua
kepada yang menadah tangan
Aku berhujah kepada dia
yang memberi itu baik
yang mereka amat memerlukan
yang itu adalah dituntut
Aku menuduhnya tidak berperasaan
bila hanya melintas lalu
sedikit pun tidak terjentik
rasa kasihan dalam jiwa
Apa salahnya dengan menghulur
sedikit pun tidak mengapa
kerana kita manusia berbudaya
beradab sopan adalah diajar
Si buta yang meriba
bakul tisu dan gula-gula
duduk setia menanti sumbangan
dari kita yang lalu lalang
Inilah masanya untuk kita
berbuat baik kepada yang lemah
membiasakan diri dengan sedekah
moga membawa bersama barakah
Mereka itu tidak meminta
dijadikan buta mata penglihatan
jika diberi pilihan lain
sudah tentu bukan di situ mereka berada
Sudah jenuh aku menegur
berleter dan memarahi
tetapi temanku itu tidak peduli
dipekakkan telinganya begitu sahaja
Dia membiarkan aku terus mengeluh
dengan sikap kering hatinya
sungguh tidak dapatku kira
betapa dia begitu keras
Lantas aku bertanya buat sekian kalinya
kenapa dia tidak memberi
akhirnya dia memberi hujah dan dalilnya sendiri
yang aku tidak pernah menjangka
katanya penuh persoalan;
handphone si peminta lebih canggih dari handphoneku
daifkah mereka?
fakirkah mereka?
Saturday June 25th , 2011 as Rejab 24th, 1432H - 6.23pm
No comments:
Post a Comment