Alangkah dayusnya aku terpesona dengan godaan syaitan setiap saat dan ketika.
Alangkah ruginya aku bila masa dan tenaga dibazirkan begitu sahaja.
Alangkan kecewanya aku kerana segala impian belum dicapai.
Alangkah bodohnya aku kerana hidup tidak berpijak di bumi nyata.
Alangkah butanya mataku untuk melihat keikhlasan.
Alangkah pekaknya telingaku untuk mendengar kejujuran.
Alangkah tidak bergunanya aku yang bernama manusia.
Hati ini kosong, tanpa arah, tanpa ghairah, lesu tidak bersemangat.
Tiada kata-kata lagi yang dapat diungkapkan untuk menggambarkan perasaan ini.
Aku dahagakan keasyikan, tika sudah tiada lagi kelekaan, aku hilang punca dan arah.
Aku termanggu-manggu kebodohan, tercari-cari punca untuk dijadikan pegangan.
Aku teraba-raba dalam kegelapan yang aku sendiri malapkan cahayanya.
8.41am Ahad 7/2/2010 22 Safar 1431H
No comments:
Post a Comment