Friday, 11 November 2011

Pak turut

Aku adalah seorang pak turut
Menurut segala kata ketuaku
Patuh dengan segala perintah
menekur bila disergah dijerkah

Aku adalah seorang pak turut
berbuat apa yang disuruh
tidak pernah membantah walau sepatah
tidak pernah persoal sebarang kewajaran

Aku adalah seorang pak turut
berbuat seperti yang sudah-sudah
tidak sesekali akan mengubah
kerana itu adalah adat dan resam

Aku adalah seorang pak turut
berbuat seperti yang tua-tua
kerana itu adalah aturan biasa
tidak boleh dicanggah atau dibantah

Aku adalah seorang pak turut
berbuat seperti yang sudah termaktub
walaupun usang ditelan masa
tidak pernah cuba berfikir lain


5/7/2011, 4.13pm

No comments:

Post a Comment