Wednesday, 9 November 2011

Ku biarkan

Ku biarkan
diri ini
hanyut dalam keasyikkan
tenggelam dalam keseronokan
larut dalam keselesaan

Ku biarkan
fikiran ini
berada nun jauh
mengembara di alam mimpi
yang tidak punya batasan
yang tidak berkesudahan

Ku biarkan
emosi ini
berkuasa bermaharajalela
memporak perandakan disiplin, ihtizam
semangat dan harapanku

Aku biarkan
tabiat ini
menguatkan lagi cengkaman akarnya
di dasar hatiku

Aku biarkan
khayalan ini
meluaskan lagi jajahan takluknya
di segenap lapisan sel otakku

Aku biarkan
kealpaan ini
menyerap ke setiap titisan darahku

Ku biarkan
nafsu ini
melemahkan akal dan pemikiranku

Ku biarkan segala segalanya
mendera menyiksa
jiwa dan batin ini

Dan aku biarkan
masa berlalu begitu sahaja
masa yang bukan milikku
masa yang sebelum ini aku menghitungnya
dalam kadar jam, minit dan saat
dalam menyusun atur pergerakanku

Hanyutnya aku dalam kebodohan
lemasnya aku dalam kedegilan
sesatnya aku dalam pencarian
yang tak kesudahan ini

Kerana
aku tidak berpandukan kepada yang hak
cuma berpedomankan kepada keinginan dan
rasa yang tidak pernah kekal lama
untuk digenggam walaupun seketika

Lantas bila aku lupa akan hajat dan tujuan asal
sukar buatku untuk sedar dan
kembali ke pangkal jalan serta
memulakan semula perjalanan yang jauh dan sukar ini


Date 18/03/2010 10.20am Khamis 2 Rabiul Akhir 1431H

No comments:

Post a Comment